AQIQAH DI KYAUKTAW, MYANMAR

Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i, dan Zamakhsyari.
Menurut istilah pada hukum syarak pula, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Imam Syafi’e berpendapat, melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya, dan diberi nama”.
(HR Ahmad dan Tirmidzi)
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting, dan tidak terlalu kurus.
- Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing. Menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
- Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Saidina Husin RA, masing-masing seekor kibas.
- Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau, dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
- Imam Malik, Asy-Syafi’e, Ahmad, dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri (sama seperti ibadah qurban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
- Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
Apabila anak sudah dewasa, maka ada para ulama’ menetapkan sunat bagi ibu bapa membuat qurbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.
Q: Mengapakah daging aqiqah sunat dimasak manis?
A: Merujuk kepada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ada menyebut:
- Daging aqiqah sunat disedekahkan sesudah dimasak, sebagaimana dalam majlis-majlis kenduri yang lain. Ia tidak disedekahkan secara mentah, sebagaimana daging qurban.
- Daging aqiqah juga sunat dimasak dengan masakan yang manis supaya akhlak anak diaqiqahkan itu mulia. Afdhal pula masakan itu disedekahkan kepada orang miskin dan dihantar ke rumah mereka. Masakan itu juga sunat dimakan dan dihadiahkan sebahagiannya oleh orang yang beraqiqah.
- Seberapa yang boleh, tulang binatang aqiqah sunat tidak dikerat-kerat. Ia dipotong pada sendi-sendinya sahaja. Mudah-mudahan, anggota anak yang diaqiqahkan itu selamat. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/343)
Berminat untuk membuat Aqiqah? Pembelian adalah seperti di bawah.